Wednesday, May 27, 2009

Nyamuk pun takut nak gigit aku

May 25, 2009

Setiap urat bebola mata bagai direntap-rentap. Tempurung kepala bagai ditebuk-tebuk. Saraf itu ini cramp sana sini. Sekejap sejuk, sekejap panas. Makan jadi aktiviti yang menyakitkan. Lidah rasa pahit semacam. Jalan dah macam orang mabuk. Rambut kusut-masai macam singa, aku dah tak peduli. The only way to get through the day is by lying on the bed.

Bukan putus cinta, dowh.

Demam.

Dalam banyak-banyak hari nak demam, weekend juga yang diserang. Kalau weekdays kan seronok sikit. Aku dah pening tidur banyak sangat. Tapi kalau tak tidur pun pening tetap ada.. Mak plak takde. Takde tempat nak bermanja. Malam tadi melantak panadol soluable. Terus rasa macam nak baik dah. Haha.

BTW, Panadol Soluable memang buat kau rasa seperti sudah baik. But when the chemical effect is off, it feels even worse than before.

Thanks Love for buying the tix. Aku sampai termimpi-mimpi pergi makbul makan roti milo.

(Nak sambung tidur balik)

No comments:

Post a Comment